BEIJING - Sebuah pertubuhan industri China dalam sektor logistik pada Sabtu menyatakan bantahan tegas terhadap langkah sekatan Amerika Syarikat susulan siasatan Seksyen 301 ke atas sektor maritim, logistik dan pembinaan kapal China, lapor Xinhua.
Persekutuan Logistik dan Pembelian China dalam satu kenyataan berkata tindakan Amerika Syarikat itu akan menjejaskan kepentingan penyedia perkhidmatan logistik, pemilik kapal dan kargo, pengimport dan pengeksport serta pengguna di kedua-dua negara, sekali gus merencatkan hubungan ekonomi dan perdagangan China-Amerika Syarikat.