Jerebu toksik kembali selubungi Delhi

Iklan
Kenderaan persendirian menjadi antara penyumbang utama pencemaran udara teruk. SUMBER: AGENSI/AFP

NEW DELHI - Ibu kota India kembali berdepan kemerosotan kualiti udara apabila pencemaran semakin meningkat susulan peralihan ke musim sejuk, sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap kesihatan jutaan penduduk.

Bacaan Indeks Kualiti Udara (AQI) di bandar yang tersenarai antara paling tercemar di dunia kini melepasi paras 300, sekali gus meletakkannya dalam kategori 'sangat tidak sihat' berikutan peningkatan kepekatan zarah halus PM2.5 yang boleh menjejaskan sistem pernafasan.

Iklan
Iklan

Bacaan AQI di ibu kota direkodkan pada melebihi paras 300 sejak Rabu lalu. SUMBER: AGENSI/AFP

Bagi menangani keadaan itu, pihak berkuasa mengaktifkan Tahap II Pelan Tindakan Tindak Balas Berperingkat (GRAP) dengan memperketat langkah kawalan terhadap sumber pencemaran termasuk habuk, asap kenderaan dan pelepasan bahan pencemar lain.

Iklan

GRAP merupakan pelan tindakan kecemasan yang dilaksanakan secara berperingkat mengikut tahap pencemaran udara yang direkodkan.

Bantahan dilancarkan aktivis alam sekitar gagal menangani masalah pencemaran berulang itu. SUMBER: AGENSI/AFP

Iklan

Antara langkah yang diperkenalkan termasuk meningkatkan kekerapan pembersihan jalan raya, menaikkan kadar parkir bagi menggalakkan orang ramai mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian dan memperluas perkhidmatan pengangkutan awam.

Metro Delhi turut menambah 20 perjalanan tren pada setiap hari bekerja manakala pejabat kerajaan diarahkan menyelaraskan waktu operasi secara berperingkat bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Pihak berkuasa mengaktifkan Tahap II Pelan Tindakan Tindak Balas Berperingkat (GRAP) dengan memperketat langkah kawalan terhadap sumber pencemaran termasuk habuk, asap kenderaan dan pelepasan bahan pencemar lain. SUMBER: AGENSI/AFP

Langkah berkenaan diambil susulan ramalan kaji cuaca yang menunjukkan keadaan kualiti udara dijangka kekal pada tahap sangat tidak sihat menjelang sambutan Deepavali pada akhir minggu ini.

Masalah pencemaran udara bukan perkara baharu bagi Delhi dan kawasan sekitarnya di utara India terutamanya ketika musim sejuk yang lazimnya menyaksikan peningkatan jerebu menjelang perayaan terbesar itu.

Pakar mengaitkan kemerosotan mendadak itu dengan penurunan suhu, tiupan angin yang lemah dan peningkatan aktiviti pembakaran sisa tanaman di Punjab dan Haryana. SUMBER: AGENSI/AFP

Krisis pencemaran tahunan tersebut didorong pelbagai faktor termasuk pelepasan asap kenderaan dan industri, suhu yang semakin menurun, pergerakan angin yang perlahan serta pembakaran sisa tanaman di negeri berhampiran.

Peningkatan pencemaran kali ini berlaku selepas Delhi mencatatkan kualiti udara yang lebih baik sepanjang Oktober dengan purata bacaan AQI terendah dalam tempoh lapan tahun.

Peningkatan pencemaran kali ini berlaku selepas Delhi mencatatkan kualiti udara yang lebih baik sepanjang Oktober. SUMBER: AGENSI/AFP

Pakar mengaitkan kemerosotan mendadak berkenaan dengan penurunan suhu, tiupan angin yang lemah dan peningkatan aktiviti pembakaran sisa tanaman di Punjab dan Haryana.

Mahkamah Agung India, baru-baru ini memberikan kebenaran bersyarat bagi pengeluaran, penjualan dan penggunaan mercun hijau yang diperakui di Delhi serta kawasan sekitarnya untuk tempoh tertentu. SUMBER: AGENSI/AFP

Ribut yang melanda kawasan itu sebelum ini membawa hujan dan angin kencang yang membantu membersihkan udara. Bagaimanapun, keadaan kembali berubah apabila cuaca stabil dan angin dari arah barat laut membawa asap pembakaran ladang ke ibu kota.

Pencemaran udara di ibu kota India itu kian memburuk apabila suhu mula menurun menjelang musim sejuk. SUMBER: AGENSI/AFP

Sehari selepas sambutan Diwali pada tahun lalu, Delhi diselubungi jerebu tebal meskipun mahkamah telah mengarahkan penggunaan mercun yang menghasilkan kadar pencemaran lebih rendah.

Pihak berkuasa turut menambah kekerapan pengangkutan awam bagi mengurangkan penggunaan kenderaan peribadi. SUMBER: AGENSI/AFP

Pelbagai sekatan terhadap pengeluaran, penjualan dan penggunaan mercun turut diperkenalkan, namun usaha memastikan pematuhan terhadap larangan berkenaan masih sukar dilaksanakan.