JPJ tak gentar dengan tonto

Iklan
Anthony Loke (dua dari kiri) ketika sidang akhbar selepas menyempurnakan Sambutan Ulang Tahun Hari JPJ Ke-79 di Stadium Indera Mulia pada Sabtu.

IPOH - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak sekali-kali gentar mahupun pilih kasih terhadap 'tonto' dalam menjalankan tugas penguatkuasaan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengakui penguat kuasa JPJ sering kali menerima ugutan daripada tonto yang mengawal pergerakan khususnya kenderaan berat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tindakan itu tidak langsung mengganggu tugas penguatkuasaan bagi memastikan undang-undang dipatuhi.

"Kita tak akan berkompromi dari segi penguatkuasaan sebab memang kita dah tambah ketat sekarang ini. Kita perbanyakkan dan perhebatkan lagi aktiviti penguatkuasaan. Memang ada pihak-pihak yang tidak selesa terutamanya operasi penguatkuasaan kenderaan berat ini.

Iklan

"Keutamaan kita adalah menjaga keselamatan orang ramai dan kita juga lihat bahawa kemalangan-kemalangan melibatkan kenderaan berat ini semakin menjadi baru-baru ini," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Sambutan Ulang Tahun Hari JPJ Ke-79 di Stadium Indera Mulia di sini pada Sabtu.

Iklan

Anthony Loke berkata, penguatkuasaan yang dilipat gandakan itu agar syarikat-syarikat pengusaha kenderaan berat tidak mengambil ringan terhadap peruntukan undang-undang jalan raya.

"Kalau mana-mana pihak yang mencabar penguat kuasa JPJ, mereka seolah-olah mencabar kedaulatan undang-undang sebab mereka menjalankan tugas, diberikan amanah, ada punca kuasa.

"Jadi kita tidak boleh diancam, diugut, dari segi pelaksanaan kerja-kerja itu," katanya.