Saya dulu berkaca mata - Jokowi

Iklan
Foto Jokowi memakai cermin mata turut mencetuskan pelbagai spekulasi.

JAKARTA - Polemik mengenai keaslian ijazah Presiden Ketujuh Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi kembali menjadi sorotan.

Sejak awal minggu lalu, banyak pihak menuntut bukti untuk mengesahkan ijazah tersebut malah Tim Pembela Ulama dan Aktivis (TPUA) bertindak berkunjung ke Fakulti Kehutanan Universitas Gadjah Mada (UGM) semata-mata mahu mendapatkan pengesahan.

Iklan
Iklan

Pada Rabu, wakil TPUA turut mendatangi kediaman Jokowi di Sumber, Solo, Jawa Tengah dan disambut oleh bekas presiden tersebut.

Pertemuan tertutup itu berlangsung selama lebih 20 minit, namun Jokowi enggan menunjukkan ijazah beliau dan hanya akan berbuat demikian jika diarahkan oleh mahkamah.

Iklan

"Saya sedia tunjukkan ijazah asli jika diminta hakim,” kata bapa kepada Wakil Presiden (Wapres), Gibran Rakabuming Raka itu lagi.

Jokowi menegaskan UGM juga sudah memberikan jawapan yang cukup jelas tentang beliau selaku alumni Fakultas Kehutanan di institusi tersebut.

Iklan

Keaslian ijazah milik Jokowi sekali lagi dipersoalkan banyak pihak.

Pendahulu kepada Presiden Prabowo Subianto itu bagaimanapun memberi 'keistimewaan' kepada sekumpulan petugas media apabila dengan rela hati menunjukkan ijazah miliknya kepada mereka.

Ijazah UGM ditunjukkan beliau dikatakan sama seperti dokumen yang sudah pun menjadi tular di media sosial.

Gambar Jokowi pada waktu muda yang berkaca mata turut dipersoalkan banyak pihak.

"Saya dulu berkaca mata ketika zaman melanjutkan pengajian ijazah. Tahap rabun saya juga tidak teruk.

"Dua putera saya, Gibran dan Kaesang Pangarep juga berkaca mata sebelum ini. Tetapi, mereka tidak lagi memakai cermin mata selepas menjalani prosedur lasik,” jelasnya.

Susulan pelbagai tohmahan yang dilemparkan ke atasnya, Jokowi mengakui beliau sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang.

"Fitnah tersebut sudah tersebar semakin meluas dan mencemarkan nama baik saya,” ujarnya. - Agensi