ROM - Pelawat yang ingin memasuki bandar Venice di Itali untuk lawatan harian perlu membayar bayaran masuk sehingga €10 (AS$11.37) mulai Jumaat, iaitu dua kali ganda daripada kadar ketika skim itu diperkenalkan tahun lepas, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Bayaran itu dikenakan setiap hari sehingga hujung minggu pertama Mei, dan kemudian pada setiap hujung minggu (Jumaat hingga Ahad) sehingga akhir Julai. Secara keseluruhan, bayaran akan dikenakan pada 54 hari tahun ini - hampir dua kali ganda berbanding tahun lepas.