MKLSB, Hydroshoppe nafi gagal urus Menara KL

Iklan
MKLSB dan Hydroshoppe bertindak memfailkan saman berjumlah RM1 bilion atas dakwaan penamatan konsesi secara salah.

SHAH ALAM – Bekas pengendali Menara Kuala Lumpur, Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB) dan Hydroshoppe Sdn Bhd menafikan dakwaan syarikat mereka beroperasi tanpa kelulusan sah serta gagal menyelenggara beberapa kemudahan struktur menara berkenaan.

Memetik laporan Malaysiakini, Pengarah Urusan MKLSB, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak berkata, dakwaan tersebut tidak berasas dan menegaskan syarikatnya memenuhi semua syarat kontrak ditetapkan.

Iklan
Iklan

"MKLSB dan Hydroshoppe menafikan sebarang dakwaan kami beroperasi secara tidak sah yang kononnya menyebabkan pengusiran paksa dan sitaan terhadap premis Menara Kuala Lumpur pada lewat malam semalam.

"Kami juga menafikan dakwaan peralihan konsesi dilakukan kerana kegagalan kami menguruskan Menara Kuala Lumpur,” katanya.

Iklan

Sebelum ini, Kementerian Komunikasi memaklumkan Menara Kuala Lumpur akan ditutup buat sementara waktu bermula Khamis, bagi memberi ruang kepada pengurusan baharu melakukan kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan demi keselamatan serta keselesaan pengunjung.

Menurut kenyataan kementerian itu, pengoperasian, pengurusan dan penyelenggaraan menara ikonik tersebut diambil alih LSH Service Master Sdn Bhd (LSHSM) bermula 1 April lalu.

Iklan

Namun, Abdul Hamid menegaskan berdasarkan laporan prestasi tender dikeluarkan Penolong Setiausaha Kanan Kementerian Komunikasi, MKLSB dan Hydroshoppe mencapai kemajuan 100 peratus dan memenuhi semua obligasi kontrak.

"Kami menegaskan notis awam mengisytiharkan penutupan Menara Kuala Lumpur untuk kerja penyelenggaraan adalah tidak benar.

"Sebaliknya, tindakan sebenar adalah pengusiran paksa terhadap kami dan pengambilalihan operasi Menara Kuala Lumpur yang dilakukan kementerian berkenaan, Pesuruhjaya Tanah Persekutuan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada lewat malam semalam,” katanya.

Pada Khamis, pasukan peguam mewakili MKLSB dan Hydroshoppe memaklumkan mereka menerima arahan memulakan prosiding komital terhadap pihak terlibat dalam penyitaan tersebut.

MKLSB dan Hydroshoppe bertindak memfailkan saman terhadap kerajaan berjumlah RM1 bilion atas dakwaan penamatan konsesi secara tidak sah.