Bidaah ‘laku keras’ di Indonesia kerana realitinya begitu – Amin Idris

Iklan
ORANG ramai di Indonesia lebih mudah percaya dengan penampilan berjubah dan berserban.

DRAMA bersiri Bidaah kini hangat diperkatakan orang ramai selepasa menduduki tempat pertama bagi 10 rancangan utama di platform Viu mengatasi drama-drama lain termasuk dari Korea Selatan.

Bukan sahaja di Malaysia, bahkan di Indonesia juga mendapat sambutan yang hangat selain turut menjadi carian paling popular di Thailand, Singapura dan Brunei.

Iklan
Iklan

Sehingga 26 Mac lalu, drama tersebut berjaya memperoleh 134 juta tontonan serta 44 juta capaian di media sosial Viu Malaysia.

Menurut pendakwah selebriti, Ustaz Amin Idris, beliau tertanya-tanya mengapakah filem ini ‘laku keras’ di Indonesia?

Iklan

"Saya ada bersembang dengan rakan-rakan berasal dari Indonesia yang dikenali ketika belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dahulu, mereka mengatakan bahawa apa yang berlaku di dalam drama tersebut, memang berlaku di Indonesia.

Hurainya, di negara jiran itu, ada gerakan yang menyalahgunakan gelaran kiai dan menipu mempunyai gelaran kiai.

Iklan

USTAZ AMIN

"Biasanya anak kiai ini diberi gelaran Gus dan mereka menggunakan gelaran Gus ini untuk menghalalkan yang haram.

Menurut pendakwah itu, ada juga lafaz-lafaz zikir yang tidak pernah didengari dan tidak ada disebut di dalam al-Quran mahupun hadis Nabi Muhammad SAW.

"Tok syeikh mereka ada yang mempunyai isteri 10 hingga 15 orang selain nikah mutaah sudah menjadi normal di sana.

"Mereka mengatakan mereka daripada Ahli Sunah Wal Jamaah, sedangkan nikah mutaah ini asalnya daripada Syiah,” jelasnya lagi.

"Malah dipesan oleh rakan saya, sekiranya ada ajaran-ajaran yang nak dibawa dalam Malaysia dan kecenderungannya untuk mengagungkan tok syeikh berbanding ALLAH dan Nabi Muhammad SAW, maka itu adalah bibit-bibit tanda ajaran sesat,” hurainya.

Drama bersiri Bidaah menduduki tempat pertama di platform Viu mengatasi drama-drama lain.

Ustaz Amin turut menjelaskan peranan setiap Muslim untuk membanteras agama ini daripada mereka yang melampau, golongan batil dan takwil orang-orang jahil.

"Ini kerja kita supaya apa yang berlaku dalam Bidaah itu tidak akan berlaku dalam negara kita,” katanya.

Pun begitu dari satu sudut, beliau turut bersetuju dengan kritikan mengatakan bahawa drama tersebut boleh merosakkan imej Islam dan agamawan itu.