Ilustrasi Jalur Gemilang: KDN mula siasatan terhadap Sin Chew Daily

Iklan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memulakan siasatan serta-merta dengan memanggil wakil Sin Chew Daily berhubung berhubung penyiaran ilustrasi Jalur Gemilang dalam bentuk yang tidak lengkap dalam penerbitan muka depan akhbarnya.

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memulakan siasatan serta-merta dengan memanggil wakil Sin Chew Daily berhubung berhubung penyiaran ilustrasi Jalur Gemilang dalam bentuk yang tidak lengkap dalam penerbitan muka depan akhbarnya.

Menerusi kenyataan, KDN memaklumkan surat tunjuk sebab juga telah diserahkan pada Rabu.

Iklan
Iklan

Ujar kementerian itu, tindakan tersebut berpandukan kepada dua perundangan yang berkaitan iaitu Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 [Akta 414] dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 [Akta 301].

"Perbuatan menyiarkan Jalur Gemilang tanpa simbol bulan sabit yang merupakan lambang kepada kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan adalah suatu kecuaian yang serius dan tidak sewajarnya dilakukan.

Iklan

"Selain itu, perbuatan ini juga bukan sahaja mencerminkan kelalaian profesionalisme, malah boleh mencetuskan ketidakharmonian dalam kalangan masyarakat majmuk," katanya.

Tegas KDN, pihaknya tidak sesekali berkompromi dan tindakan tegas akan dikenakan kepada mana-mana pihak cuai dalam menerbitkan apa-apa hasil penerbitan yang boleh menggugat keselamatan dan ketenteraman awam sepertimana diperuntukkan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 [Akta 301].

Iklan

"Tindakan penguatkuasaan yang tegas atas kesalahan terhadap kedua-dua akta yang berkuat kuasa akan dipertimbang sewajarnya selepas siasatan dilengkapkan," ujar KDN.

Terdahulu, tindakan Sin Chew Daily dalam terbitan akhbarnya di muka hadapan yang memaparkan bendera Jalur Gemilang tanpa bulan sabit mengundang kritikan dan kemarahan pelbagai pihak.

Bagaimanapun Sin Chew membuat permohonan maaf dalam kenyataan sambil menyifatkan ia disebabkan kesilapan teknikal yang tidak disengajakan.