Tiga beranak tinggal sehelai sepinggang
Iklan
Aminah bersama anaknya, Anuar melihat rumah mereka yang hangus terbakar di Jalan Pusara, Kampung Sungai Chengkeh, Pontian pada awal pagi Rabu.
PONTIAN – Tiga sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Jalan Pusara, Kampung Sungai Chengkeh, Serkat, awal pagi Rabu.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, keluarga terbabit bukan sahaja kehilangan rumah pusaka, malah turut mengalami kerugian lebih RM36,000 apabila wang tunai dan barang kemas tinggalan arwah suami turut hangus.
Iklan
Iklan
Mangsa, Aminah Ahmad, 84, berkata, ketika kejadian dia dan dua anaknya, Anuar Mohd Nor, 47, serta Mohd Nizam Mohd Nor, 43, sedang tidur.
"Anak saya, Mohd Nizam, menyedari kejadian itu apabila melihat api mula marak dari bahagian dapur sebelum mengejutkan kami.
Iklan
"Saya terus menjerit dan mengarahkan Anuar keluar menyelamatkan diri apabila api makin marak,” katanya ketika ditemui pada Rabu.
Tambah Aminah, wang tunai simpanan berjumlah RM6,000 serta barang kemas berupa empat bentuk cincin, dua utas rantai, dan seutas gelang tangan bernilai kira-kira RM30,000 turut musnah.
Iklan
"Dokumen penting seperti kad pengenalan, kad ATM, dan lain-lain juga tidak sempat diselamatkan.
"Saya bersyukur tiada kemalangan jiwa yang berlaku dan reda dengan ujian ini," ujarnya.
Sementara itu, Komander Operasi Kanan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Baru, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Mahadir Mamat berkata, seramai 15 anggota dibantu BBP Pekan Nanas dihantar ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.
Menurutnya, sebuah rumah separuh kekal berkeluasan 50 x 40 kaki terbakar hampir 90 peratus.
"Dua buah motosikal terbakar hampir sepenuhnya manakala dua lagi motosikal mengalami kerosakan sebanyak 20 peratus.
"Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," jelasnya.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.