Polis kenal pasti lima pelajar terbabit kes buli di Bera

Iklan
Laporan Sinar Harian mengenai dakwaan pelajar dibuli dan dipaksa menari 'wadidaw' selain dicekik kerana rambut panjang.

KUANTAN - Polis telah mengenal pasti lima pelajar yang disyaki terbabit dalam kes buli pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah berasrama penuh di Bera yang dilaporkan berlaku 13 April lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, lima pelajar terbabit merupakan senior dari tingkatan empat dan lima.

Iklan
Iklan

Menurutnya, permohonan untuk menjalankan siasatan telah dibuat pegawai penyiasat di Pejabat Pendakwa Raya.

"Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya.

Iklan
Yahaya (dua dari kanan) bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (kiri) mengiringi Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berangkat ke Majlis Hari Raya Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang sempena Peringatan Hari Polis Ke-218 tahun 2025 di sini, pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Majlis Hari Raya Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang sempena Peringatan Hari Polis Ke-218 tahun 2025 di sini, pada Rabu.

Yahaya berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian Ahad lalu daripada bapa mangsa mendakwa anaknya menjadi mangsa buli apabila dipaksa menari tarian tular ‘wadidaw’ dan dicekik hanya kerana berambut panjang.

Iklan

"Kejadian dipercayai berlaku semasa pelajar tingkatan satu hingga tiga dipanggil menghadiri sesi ‘roll call’ atas arahan warden bagi tujuan pemeriksaan bilik.

"Bagaimanapun, siasatan awal mendapati lima pelajar telah mengambil alih sesi ‘roll call’ tersebut dan bertindak membuli mangsa dengan memaksanya menari ‘wadidaw’," katanya.

Beliau berkata, mangsa juga mendakwa telah dicekik oleh salah seorang pelajar terlibat kerana berambut panjang.