'Counter setting': Pesara JIM ditahan disyaki terlibat kes rasuah RM10 juta

Iklan
Suspek diiringi pegawai SPRM ketika dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman pada Rabu.

KUANTAN - Seorang pesara Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) direman tujuh hari bagi membantu siasatan kerana disyaki terlibat kegiatan membawa masuk warga asing tanpa pemeriksaan sah dengan nilai rasuah mencecah lebih RM10 juta.

Suspek berusia 50 yang bersara awal tahun lalu ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang pada Selasa.

Iklan
Iklan
Suspek diiringi pegawai SPRM ketika dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman pada Rabu.

Suspek yang pernah bekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dibawa ke Mahkamah Majistret Kuantan di sini kira-kira jam 9 pagi pada Rabu untuk perintah reman.

Perintah reman bermula Rabu hingga Selasa depan terhadap suspek dikeluarkan Majistret Nor Izzati Zakaria selepas permohonan dibuat pihak SPRM.

Iklan

Pengarah SPRM Negeri Pahang, Mohd Shukor Mahmud mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Semalam, tiga anggota JIM berusia dalam lingkungan 40-an yang bertugas di KLIA direman selama tujuh hari bermula Selasa bagi membantu siasatan berhubung kes membawa masuk warga asing tanpa melalui pemeriksaan pihak berkuasa di pintu masuk negara di KLIA 1 dan KLIA bermula tahun 2021 hingga 2024.

Iklan

Sindiket itu dipercayai meraih wang rasuah jutaan ringgit yang turut diagihkan kepada anggota imigresen yang lain.

Suspek didakwa menjadi tali barut bagi melepaskan kumpulan warga asing yang tiba tanpa melalui prosedur ditetapkan menerusi modus operandi 'counter setting' di dua pintu masuk itu.