Johor lancar polisi hijau, perkukuh usaha ke arah kelestarian
Iklan
Polisi tersebut juga meliputi hala tuju bagi mewujudkan ladang solar di lokasi yang telah dikenal pasti.
KULAI - Johor akan melancarkan Polisi Hijau dalam memperkukuh usaha ke arah kelestarian seiring agenda Maju Johor 2030.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, Ling Tian Soon berkata polis berkenaan telah diluluskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Hijau yang dipengerusikan Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi dan akan dibentangkan pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada Mei ini.
Iklan
Iklan
"Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor (BPEN) sedang menyediakan kertas kerja untuk dibentangkan. Setelah diluluskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri baharu kita akan lancarkan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pratonton Media Ekslusif Asia EV Motion 2025 di sini pada Selasa.
Ling berkata Polisi Hijau itu merangkumi sasaran bagi mewujudkan sekurang-kurangnya 1,245 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) menjelang 2030.
Iklan
"Setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) harus mencapai satu angka sasaran dalam mempersiapkan stesen pengecas EV ini.
"Selain itu, polisi tersebut juga meliputi hala tuju bagi tenaga boleh baharu seperti ladang solar yang lokasinya telah dikenal pasti,” katanya.
Iklan
Sementara itu, Ling mengalu-alukan syarikat swasta untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri berkaitan teknologi terkini seperti Projek Sistem Aliran Transit Automasi (ART).
"Kita sangat menggalakkan syarikat yang berminat untuk memberikan pelbagai cadangan supaya pembangunan masa depan kita seiring dengan usaha kelestarian,” katanya.
Pada tahun lepas, Onn Hafiz dipetik berkata kerajaan negeri berhasrat membangunkan sistem ART bertingkat di Johor Bahru bagi mengatasi kesesakan di bandar raya itu.
ART ialah sistem transit pengangkutan penumpang bandar menggunakan teknologi canggih seperti sensor yang boleh membaca trek secara maya di jalan raya, sekali gus membolehkannya untuk mengemudi laluan sendiri secara automatik.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke dilapor berkata Kementerian Pengangkutan akan meneliti cadangan itu memandangkan sistem pengangkutan awam bersepadu sememangnya perlu disediakan di Johor Bahru. - Bernama
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.