'Hamas masih tidak dapat dikalahkan'

Iklan
Beberapa kereta kebal Merkava ditempatkan di kedudukan di selatan Israel bersempadan utara Genting Gaza.

TEL AVIV - Ketua Turus Am baharu Pasukan Pertahanan Israel (IDF) akhirnya mendedahkan kelemahan askar Zionis untuk meneruskan operasi ketenteraan di Genting Gaza.

Jeneral Eyal Zamir berkata, mereka berdepan krisis kekurangan anggota tentera dan sumber untuk merealisasikan matlamat jahat pemimpin Israel yang mahu menduduki wilayah tersebut.

Iklan
Iklan

"Hamas masih tidak dapat dikalahkan hingga kini dan kekal memegang kawalan di enklaf berkenaan selama lebih 17 bulan.

"Strategi ketenteraan semata-mata tidak akan dapat memenuhi objektif perang di Gaza,” katanya kepada Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu pada mesyuarat di Knesset (Parlimen), baru-baru ini.

Iklan

Rejim Tel Aviv mendesak IDF merampas zon baharu di Gaza untuk menubuhkan zon penampan meskipun banyak pihak percaya rancangan itu sukar.

Difahamkan, ratusan askar simpanan dan anggota veteran telah menandatangani petisyen bagi menggesa perang genosid di Gaza dihentikan serta membawa pulang baki 59 tawanan di bawah perjanjian pertukaran tahanan bersama Hamas.

Iklan

Netanyahu bagaimanapun tidak ambil peduli apabila pemimpin 'ekstremis' itu mengancam mahu memecat anggota yang menandatangani petisyen berkenaan.

Sementara itu, data dikeluarkan media tempatan menunjukkan askar menyertai unit tempur dalam pasukan simpanan adalah pada kadar 60 peratus.

"Mungkin tiada tentera tambahan jika operasi ketenteraan ke atas Gaza diperluaskan,” menurut sumber tentera.

Selain itu, IDF juga berdepan kekurangan kereta kebal dan kenderaan perisai untuk berdepan kira-kira 20,000 pejuang Hamas termasuk beberapa komander yang masih bergerak aktif di seluruh wilayah tersebut. - Agensi