Sidang DUN Sabah gamat, ADUN Elopura bertikam lidah dengan Pembantu Menteri

Iklan

KOTA KINABALU – Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah gamat apabila berlaku pertikaman lidah antara Calvin Chong Ket Kiun (Warisan–Elopura) dan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Abidin Madingkir.

Kekecohan bermula apabila Calvin diminta duduk bagi memberi laluan kepada Abidin untuk menjawab soalan tambahan yang dikemukakannya.

Iklan
Iklan

Namun, tindakan Calvin yang enggan akur dan terus berdiri mencetuskan ketegangan dalam dewan, sekali gus mengundang reaksi berang daripada Abidin.

Abidin dalam jawapannya menegaskan bahawa sebagai wakil rakyat, mereka sememangnya menjadi tempat rujukan penduduk di kawasan masing-masing.

Iklan

"Saya mahu beritahu kamu, kamu bising sebab rakyat masih lagi jumpa kamu untuk minta duit. Itu perkara biasa, saya sendiri pun kena minta duit juga walaupun di kawasan Paginatan kita bagi rumah SMJ, kita bagi SYUKUR dan sebagainya, tetapi rakyat masih lagi jumpa dengan saya.

"Kerana itu adalah tanggungjawab kita sebagai wakil rakyat, jadi jangan komplen. Kalau kamu mahu komplen, letak jawatan," katanya dalam sesi soal jawab pada Selasa.

Iklan

Keadaan dalam dewan bertambah gamat apabila kedua-dua pihak terus bertikam lidah, memaksa Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Kadzim M Yahya campur tangan dengan menutup pembesar suara bagi meredakan suasana.

Suasana kembali tenang selepas Assaffal P Alian (Warisan–Tungku) diberi laluan untuk mengemukakan soalan kedua dalam sesi berkenaan.

Sebelum itu, dalam soalan tambahan Calvin turut bertanya e-Kasih diberikan kepada golongan yang bagaimana kerana sehingga kini masih ramai rakyat datang berjumpa dengannya apabila didapati dalam program SYUKUR permohonannya adalah terhad.

Beliau turut berkata, rakyat di Sandakan juga merupakan salah satu kawasan yang perlu diberi perhatian dan diharap supaya mereka tidak disisihkan daripada menerima bantuan.