Juruteknik letak kamera pen dalam tandas rumah diburu

Iklan
Mangsa memberanikan diri menyemak kandungan fail di dalam pen kamera itu antara Jun hingga Oktober tahun lalu. - Gambar hiasan.

MELAKA - Seorang juruteknik kilang diburu polis selepas disyaki merakamkan video isteri, kakak ipar dan anak saudara mandi menggunakan kamera tersembunyi berbentuk pen.

Tindakan jahat lelaki berusia 35 tahun itu disedari isterinya berusia 27 tahun yang terjumpa kamera pengintip di dalam beg individu terbabit di rumah mereka di Lereh, Tanjung Kling di sini pada Jun tahun lalu.

Iklan
Iklan

Sumber berkata, meskipun wanita yang bekerja sebagai operator kilang itu berasa curiga, namun tidak berani untuk bertanyakan kamera terbabit kepada suaminya.

Menurutnya, wanita itu kemudian memberanikan diri menyemak kandungan fail di dalam pen kamera tersebut antara Jun hingga Oktober tahun lalu.

Iklan

"Selain itu dia turut membuat semakan di komputer riba suaminya secara diam-diam dan mendapati terdapat beberapa keping rakaman video dan gambar ahli keluarganya.

"Apa yang menyedihkan wanita itu turut melihat rakaman gambar dan video dua orang kakaknya berusia 38 dan 40 tahun serta anak saudara perempuanya berusia 14 tahun di dalam bilik mandi,” katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.

Iklan

Tambahnya, lebih menyedihkan lagi pemeriksaan di telefon bimbit suami juga menjumpai video rakaman kakaknya berada di dalam bilik tidur dan bilik air yang dirakam secara curi-curi.

Ujarnya, disebabkan tidak mahu terus bersubahat, wanita berkenaan memberanikan diri bertanyakan hal itu kepada suaminya dan dia memaklumkan tidak tahu mengapakah melakukan perkara tersebut.

"Wanita itu akhirnya telah meminta untuk berpisah sebelum pasangan yang mempunyai dua anak bercerai pada Januari lalu.

"Individu itu juga telah mengaku kesilapannya kerana meletakkan kamera pen di dalam bilik mandi ahli keluarga isterinya termasuk membuat rakaman kakak iparnya di bilik tidur," ujarnya lagi.

Tambahnya, biarpun telah berpisah namun kerana bimbang dengan sebarang kejadian tidak diingini pada masa hadapan, wanita kepada dua orang anak itu akhirnya tampil membuat laporan polis di Balai Polis Batu Berendam, pada Isnin.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit ketika dihubungi berkata, mengesahkan laporan polis berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang.