Ringgit tinggi, dolar AS merosot susulan pertikaian perdagangan memuncak
Iklan
Pada 8 pagi, mata wang tempatan naik 1.06 peratus kepada 4.4185/4270 berbanding dolar AS daripada 4.4200/4265 pada Jumaat lepas. Gambar hiasan
RINGGIT terus meningkat untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu merosot kepada paras terendah baharu dalam tempoh tiga tahun disebabkan ketegangan perdagangan AS-China yang meningkat.
Pada 8 pagi, mata wang tempatan naik 1.06 peratus kepada 4.4185/4270 berbanding dolar AS daripada 4.4200/4265 pada Jumaat lepas.
Iklan
Iklan
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, Indeks Dolar AS (DXY) jatuh di bawah paras 100 mata, perkembangan yang disifatkan sebagai mengelirukan berdasarkan kecenderungan mengelak risiko yang meningkat berikutan ketidaktentuan mengenai perdagangan dan tarif.
Katanya, walaupun Presiden AS Donald Trump telah mengumumkan penangguhan tarif terhadap telefon pintar dan komputer pada hujung minggu, sentimen pasaran kekal tidak stabil.
Iklan
"Sehubungan itu, kami berpendapat dolar-ringgit dijangka kekal dalam jajaran kecil walaupun dengan sedikit kecenderungan positif berikutan DXY merosot dengan agak ketara,” katanya kepada Bernama.
Ringgit turut diniagakan tinggi berbanding beberapa mata wang utama.
Iklan
Ia mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.0761/0822 daripada 3.0952/1000, meningkat berbanding euro kepada 5.0123/0220 daripada 5.0207/0281 dan naik berbanding pound kepada 5.7820/7932 daripada 5.7849/7934.
Sementara itu, mata wang tempatan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.
Ia tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.3491/3566 daripada 3.3495/3549, bagaimanapun rendah berbanding baht Thailand kepada 13.1778/2141 daripada 13.1599/1902.
Mata wang tempatan sedikit berubah berbanding rupiah Indonesia kepada 263.0/263.7 daripada 263.1/263.6 sebelum ini dan kekal stabil berbanding peso Filipina kepada 7.75/7.77. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>