SINGAPURA - Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong pada Sabtu memaklumkan Parti Tindakan Rakyat (PAP) akan mempertaruhkan banyak muka baharu pada Pilihan Raya Umum (GE2025) dijangka pada November depan.
Lebih 30 muka baharu akan bertanding mewakili PAP yang merupakan jumlah paling ramai berbanding 27 calon pada pemilihan sebelum ini.
Iklan
Iklan
"Kita akan melihat perubahan Konstituensi Perwakilan Kelompok (GRC) manakala pasukan di Marsiling-Yew Tee akan dikekalkan.
"Sejak beberapa bulan lalu, beberapa muka baharu PAP telah mula turun padang. Kami akan memuktamadkan siapa bakal menjadi calon parti pada GE2025. Mereka akan diperkenalkan mengikut konstituensi," kata Wong yang bakal menghadapi pilihan raya pertama sejak beliau dilantik sebagai Perdana Menteri pada Mei 2024.
Menerusi senarai pertama muka baharu PAP, Wong memperkenalkan lapan individu daripada sektor swasta dan awam yang bakal bertanding pada pemilihan tersebut yang dijangka sengit. - Agensi