SYDNEY - Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut akibat terkena tembakan secara tidak sengaja di sebuah kawasan pedalaman di barat daya Sydney pada Ahad, menurut polis di negeri New South Wales (NSW), lapor Xinhua.
Perkhidmatan kecemasan telah dipanggil ke lokasi kejadian berhampiran bandar Goulburn, kira-kira 170 kilometer di barat daya Sydney dan 80 kilometer di timur laut Canberra, sekitar 11.20 pagi waktu tempatan.