Polis siasat wanita dakwa bayi kembar hilang, diculik di hospital

Iklan
Tangkap layar berita mengenai bayi kembar di culik 'doktor' adalag tidak benar.

KUANTAN - Polis mengesahkan menerima laporan daripada Hospital Kuala Lipis yang menafikan dakwaan bayi kembar yang dilahirkannya di wad kanak-kanak hospital itu.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Ismail Man berkata, siasatan akan dijalankan pihaknya selepas menerima laporan itu.

Iklan
Iklan

"Kes masih disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan (fitnah) dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang awam agar tidak menyebarkan cerita yang tidak benar sebelum mendapatkan kesahihan dari pihak berkaitan.

Iklan

Tular di media sosial laporan media berhubung hantaran seorang wanita mendakwa sepasang bayi kembarnya yang dirawat di hospital berkenaan tidak ditemui dipercayai diculik Pegawai Perubatan di hospital tersebut.

Terdahulu Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), menafikan dakwaan tular berhubung sepasang bayi kembar yang kononnya dirawat selama sembilan bulan di Hospital Kuala Lipis.

Iklan

JKNP menjelaskan semakan rekod mendapati tiada sebarang kes bayi kembar dirawat di wad kanak-kanak hospital berkenaan seperti yang didakwa.

Turut dinafikan ialah kewujudan individu bernama Dr Amalina Husna yang dikatakan bertugas sebagai doktor di hospital tersebut, yang disahkan tidak pernah berdaftar atau berkhidmat di situ.