Seorang lagi pegawai kanan ATM ditahan

Iklan
Individu terbabit hadir ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya untuk direkodkan keterangannya berkaitan siasatan kes yang sedang dijalankan.

PUTRAJAYA – Seorang lagi pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu.

Bagaimanapun, tiada perincian berhubung penahanan itu dinyatakan sama ada berkaitan mana-mana kes yang sedang dalam siasatan.

Iklan
Iklan

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata individu terbabit ditahan pada kira-kira jam 11 pagi.

“Individu itu hadir ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya untuk direkodkan keterangannya berkaitan siasatan kes yang sedang dijalankan.

Iklan

“SPRM telah menahan beliau, dan sebarang perkembangan lanjut mengenai kes ini akan dimaklumkan dalam sidang media SPRM pada Khamis (esok),” katanya pada Rabu.

Terdahulu, pegawai kanan ATM berkenaan difahamkan hadir ke Ibu Pejabat SPRM bagi tujuan memberi keterangan.

Iklan

Media sebelum ini melaporkan SPRM telah mengesan wujudnya aktiviti penerimaan rasuah secara terancang dalam kalangan pegawai tentera.

Sumber memaklumkan bahawa siasatan SPRM turut mengesan beberapa pegawai tentera yang dipercayai memainkan peranan dalam kes tersebut.

Difahamkan, SPRM kini memberi tumpuan kepada siasatan berhubung dakwaan kewujudan rangkaian rasuah yang berlaku dalam agensi berkenaan.