Suami isteri dipercayai dibunuh, anak temui mayat dalam keadaan tragis

Iklan
Tular foto di media sosial mengenai kematian suami isteri dalam keadaan tragis di Sri Aman pada Rabu.

SRI AMAN - Sepasang suami isteri ditemukan meninggal dunia dalam keadaan tragis oleh anak mereka sendiri di sebuah rumah di kawasan taman perumahan di sini pada Rabu.

Menurut maklumat yang tular, mangsa merupakan seorang guru manakala isterinya bertugas sebagai jururawat.

Iklan
Iklan

Mayat kedua-duanya ditemui di dalam bilik tidur oleh anak mereka yang sedang bersiap ke sekolah pada waktu pagi.

Penemuan itu dikaitkan dengan kemungkinan kejadian bunuh, namun setakat ini belum ada pengesahan rasmi daripada pihak polis.

Iklan

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Superintenden Dennis Bunyam ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat mangsa, namun memaklumkan kenyataan akan dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak.

"Untuk makluman Datuk Pesuruhjaya Polis Sarawak akan memberi kenyataan akhbar berkaitan kes bunuh di Sri Aman pada 14 Januari 2026," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Iklan

Sementara itu, Facebook Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dalam hantarannya menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga guru besar di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Lubok Antu, cikgu Andy Roy Anak Junran yang telah meninggal dunia pada Rabu.

"Jabatan ini kehilangan seorang pemimpin sekolah yang berdedikasi dalam melaksanakan tugasan dan amanah dalam meningkatkan serta memartabatkan pendidikan negara.

"Semoga mendiang bersemadi dengan aman dan keluarga yang ditinggalkan diberi kekuatan dan ketabahan. Semoga dipermudahkan semua urusan," tulis hantaran itu.