KUALA LUMPUR - Ribut petir dan hujan lebat diramal melanda beberapa kawasan di tujuh negeri hingga 9 malam ini, menurut Jabatan meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
MetMalaysia menerusi kenyataan dikeluarkan pada 4 petang ini memaklumkan kawasan yang terlibat adalah seluruh Perlis, manakala di Kedah meliputi Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan dan Pendang.