PEMILIK perniagaan terutama produk makanan dan minuman memainkan peranan utama dalam memastikan pematuhan terhadap piawaian halal.
Tanggungjawab itu bukan hanya tertumpu kepada proses permohonan sijil semata-mata, sebaliknya merangkumi keseluruhan rantaian pengeluaran daripada pemilihan bahan mentah sehinggalah ke produk akhir.
Pengarah Eksekutif Flavaris (Malaysia) Sdn Bhd, Azryana Aqasha Mohd Faizal menegaskan, memastikan pematuhan halal bukanlah sesuatu perkara remeh, sebaliknya ia merupakan amanah kepada pengguna dan menyentuh integriti jenama perniagaan itu sendiri.
Dalam pada itu, Azryana Aqasha turun menekankan tentang proses pematuhan halal bermula dari pemilihan bahan mentah yang jelas status halalnya, diikuti sistem pengeluaran yang bersih dan sistematik sehinggalah kepada penyimpanan rekod dan dokumentasi lengkap.
"Pemilik perniagaan sebenarnya bukan sahaja memiliki perniagaan tersebut, tetapi mereka mesti memastikan segala proses dari awal hingga akhir memenuhi piawaian.
Di samping itu, beliau menjelaskan, latihan kepada staf perlu ditekankan sebagai elemen penting agar setiap individu dalam syarikat memahami peranan masing-masing dalam pematuhan halal.
"Kalau kakitangan faham proses halal yang betul, mereka akan lebih sedar, peka dan kita pun boleh pantau setiap langkah dengan baik,” katanya.