Nekmat lucut keahlian lapan nelayan kerana seleweng diesel
Iklan
Abdul Hamid (berdiri tiga kiri) dan Ahmad Zulkifli (berdiri empat kiri) meraikan petugas media yang hadir ke Jamuan Hari Raya Aidilfitri LKIM Kedah pada Khamis.
KUALA KEDAH - Seramai lapan nelayan di seluruh negara telah dilucutkan keahlian daripada Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) selepas didapati bersalah menyeleweng diesel bersubsidi yang disalurkan oleh kerajaan.
Pengerusi Nekmat, Abdul Hamid Bahari berkata, penyelewengan itu telah dikesan sejak lebih 10 tahun lalu dan tindakan pemecatan diharap menjadi pengajaran kepada ahli lain agar tidak melakukan kesalahan sama.
Iklan
Iklan
"Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Jadi kita harap apa yang kita buat semua ini memberi kebaikan kepada semua nelayan.
"LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia) memang memandang serius isu penyelewengan diesel ini kerana ia melibatkan tanggungjawab besar kepada golongan nelayan,” katanya pada sidang media sempena Jamuan Hari Raya Aidilfitri di Kompleks LKIM Kedah, pada Khamis.
Iklan
Sementara itu, Pengarah LKIM Kedah, Ahmad Zulkifli Ismail menggesa nelayan yang tidak mempunyai lesen agar berdaftar dengan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK).
Menurutnya, banyak keistimewaan bakal dinikmati oleh nelayan selepas berdaftar dengan persatuan sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Iklan
"Bukan setakat subsidi minyak malah macam-macam insentif yang kita bagi termasuk kebajikan nelayan dan insurans jika berdaftar sebagai ahli dan mempunyai lesen yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan.
"Jika tiada lesen, bukan saja menyalahi undang-undang tetapi insentif semua tak dapatlah, kita boleh bantu tapi dari sudut lain dan tak sama seperti nelayan yang berlesen," katanya.
Tambah beliau, sehingga kini lebih 4,000 nelayan di Kedah telah berdaftar dengan PNK, manakala jumlah bot nelayan pula sebanyak 599 buah.
"Namun, tidak semua bot beroperasi secara aktif kerana ada yang telah uzur atau tidak digunakan,” katanya.
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.