8 maut disambar petir

Iklan
Lapan orang maut dan beberapa lagi cedera akibat disambar petir di negeri Bihar, timur India. Foto hiasan

NEW DELHI - Sekurang-kurangnya lapan orang maut dan beberapa lagi cedera akibat disambar petir di negeri Bihar, timur India, lapor Xinhua memetik penyiar milik kerajaan All India Radio pada Rabu.

Hujan lebat dan ribut petir melanda negeri itu pada pagi Rabu, menjejaskan beberapa daerah.

Iklan
Iklan

"Di Bihar, sekurang-kurangnya lapan orang maut dan beberapa lagi cedera akibat disambar petir di daerah Madhubani dan Begusarai hari ini," menurut penyiar itu. - Bernama

Iklan
Iklan