Nikah di Thailand, segera daftar secara sah di Paid

Iklan
Pengumuman tentang permohonan pendaftaran pernikahan tanpa kebenaran Pejabat Agama Islam Bandaraya Kuantan.

KUANTAN - Individu yang melangsungkan pernikahan di luar negara tanpa kebenaran dinasihatkan hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) terdekat bagi memohon pendaftaran pernikahan mereka.

Menerusi satu pengumuman di Facebook Pejabat Agama Islam Bandaraya Kuantan, peluang menyelesaikan urusan perkahwinan secara sah dan teratur itu terbuka bagi mereka yang bernikah tanpa kebenaran pejabat agama, bernikah dan hanya ada hanya sijil nikah Thailand atau yang diragui.

Iklan
Iklan

"Selain itu, mereka yang nikah di negara ini tetapi sijil nikah dikeluarkan dari Thailand atau lain-lain negara juga dinasihatkan berbuat demikian," ujarnya.

Menurut hantaran itu, peluang menyelesaikan urusan perkahwinan secara sah dan teratur melalui inisiatif terkini Pejabat Agama Islam Daerah itu bukan sahaja memudahkan urusan peribadi dan kekeluargaan, malah ia memberi banyak manfaat dari sudut perundangan serta pentadbiran.

Iklan

Antara tujuan utama galakan itu, memudahkan urusan anak-anak untuk bernikah dan memudahkan urusan tuntutan di Mahkamah Syariah.

Menurut pengumuman itu juga, galakan tersebut untuk memudahkan urusan melibatkan agensi-agensi kerajaan dan urusan tuntutan faraid dan sebagainya.

Iklan

"Anda pernah bernikah tanpa kebenaran? Thailand? Malaysia? Indonesia? Lain-lain negara? Jangan takut, jangan risau... mari datang ke Pejabat Agama Islam Daerah yang terdekat untuk membuat Permohonan Pendaftaran Pernikahan Tanpa Kebenaran. Jangan takut tentang denda, jangan takut tentang dakwa," demikian yang tertera pada poster pengumuman yang dikongsikan.

Ujarnya, sebarang pertanyaan dan penerangan lanjut boleh menghubungi Pejabat Agama Islam Bandaraya Kuantan di talian 09-5126770 atau 09-5126776 atau 019-9170036 (WhatsApp).

Sementara itu, pihak Pejabat Agama Islam Bandaraya Kuantan ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.