Bunga Pakma atau lebih dikenali sebagai Rafflesia mekar berkembang di Taman Konservasi Rafflesia Lojing ketika tinjauan Bernama baru-baru ini.
Kelantan yang kaya dengan pelbagai spesies Rafflesia kini berdepan cabaran besar dalam usaha pemuliharaan bunga gergasi itu, berikutan pembangunan pertanian yang tidak terkawal serta kurangnya kesedaran masyarakat terhadap kepentingan konservasi.
Kawasan seperti Lojing, yang dahulunya kaya dengan populasi Rafflesia, kini semakin terancam akibat pembangunan pertanian berskala besar yang tidak lestari.
Hanya 26 populasi Rafflesia dikenal pasti di Lojing, menjadikan pemuliharaan ekosistem di kawasan itu satu keperluan yang mendesak.