Bagi alasan 'terhisap' ganja semasa lepak beraya dengan kawan

Iklan
Antara pengguna jalan raya yang didapati positif dadah selepas ujian saringan air kencing yang dilaksanakan AADK semasa Op Khas HRA di Plaza Tol Kota Kemuning, pada Selasa.

SHAH ALAM - Beri alasan pertama kali terjebak menghisap ganja bersama rakan semasa sambutan Aidilfitri.

Itu dakwa seorang lelaki selepas ditahan semasa sekatan jalan raya Op Hari Raya Aidilfitri (HRA) di Plaza Tol Kota Kemuning, di sini, yang dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor pada Selasa.

Iklan
Iklan

Selepas ditahan kira-kira jam 9 malam dalam keadaan mencurigakan, bapa kepada seorang anak berusia empat tahun itu mendakwa dia dalam perjalanan pulang dari kerja di Telok Gong, Klang.

Lelaki itu kemudian diserahkan kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang turut terlibat dalam Op HRA itu untuk ujian saringan air kencing.

Iklan

Saringan mendapati lelaki itu positif dadah jenis ganja.

"Saya pertama kali ambil (ganja) masa raya kedua hari itu semasa sedang melepak dengan kawan di depan rumah di kampung. Kawan bagi rasa dan saya tak tahu benda itu.

Iklan

"Bila dah rasa, kawan beritahu itu ganja, terkejutlah saya," dakwanya.

Sinar Harian difahamkan, lelaki berusia awal 30-an itu antara empat yang ditahan sepanjang operasi itu kerana positif dadah.

Aedy (dua dari kiri) memeriksa penunggang di laluan motosikal semasa Op Khas HRA di Plaza Tol Kota Kemuning, Shah Alam pada Selasa.

Selain itu, seorang lelaki berusia 18 tahun ditahan selepas menunggang motosikal tanpa lesen ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Subang Jaya.

"Saya bawa motosikal milik ayah cuma hendak ambil helmet (topi keledar) di rumah nenek di Sijangkang," ujarnya.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, operasi ini dijalankan bermula jam 8 malam sehingga 11.59 malam dengan kerjasama AADK, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak Lebuhraya Shah Alam.

Menurutnya, JPJ telah mengeluarkan 686 notis hasil pemeriksaan 1,280 kenderaan termasuk empat disita.

"Kita juga merekodkan 788 kesalahan dan tiada Lesen Memandu Kompeten (CDL) paling banyak dikesan iaitu 227 kes, cukai jalan tamat tempoh (178 kes), tiada insurans (174 kes), kesalahan teknikal (95 kes) dan selebihnya lain-lain kes," katanya.