Tragedi lubang pembetung, tiada unsur jenayah dikesan

Iklan
Noor Hisam

TAPAH - Polis mengesahkan tiada unsur jenayah dikesan dalam tragedi lubang pembetung yang mengakibatkan kematian tiga lelaki di tapak pembinaan sebuah resort di Kampung Ibol dekat Sumpitan, Lenggong Ahad lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, laporan bedah siasat mendapati punca kematian ketiga-tiga mangsa disebabkan kesesakan nafas berikutan terperangkap dalam salur pembetung.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pemeriksaan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mendapati tiada unsur gas berbahaya dikesan di lokasi kejadian.

"Gas-gas toksik dan beracun tiada, cuma mereka lemas kerana tiada pengudaraan.

Iklan

"Siasatan dari pelbagai sudut sedang dijalankan sekiranya ada unsur jenayah, namun setakat ini tiada," katanya ketika ditemui pada Program Rintis Komuniti Rakyat Madani: Majlis Aidilfitri Perpaduan di Kem Pasukan Gerakan Am, Batalion 3, Bidor di sini pada Selasa.

Tambah Noor Hisam, tiada pihak dipanggil untuk diambil keterangan setakat ini dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Iklan

Media pada Ahad melaporkan tiga lelaki, termasuk seorang warga Indonesia, meninggal dunia akibat lemas dalam kejadian di Kampung Ibol, Sumpitan dekat Lenggong.

Kedua-dua mangsa disahkan maut di lokasi kejadian manakala lelaki warga Indonesia berusia 25 tahun itu meninggal dunia ketika menerima rawatan dan dihantar ke Unit Forensik Hospital Gerik.

Kejadian sekitar jam 10 pagi itu melibatkan lapan lelaki berusia 25 hingga 55 tahun yang mengalami sesak nafas dalam insiden tangki kumbahan yang dalam proses pembinaan.

Seorang lagi lelaki warga Indonesia berusia 31 tahun dilaporkan kritikal manakala empat yang lain menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Kangsar akibat sesak nafas.