KOTA BHARU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ketua cawangan sebuah jabatan kerajaan kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dengan mengesyorkan projek baik pulih fasiliti di Gua Musang bernilai kira-kira RM100,000.
Menurut sumber, lelaki berumur 43 tahun itu ditahan kira-kira jam 6 petang tadi di pejabatnya oleh sepasukan pegawai SPRM.