'Saya sempat masukkan botol air dalam mulut harimau, kalau tak tentu saya dah mati'

Iklan
Surej diterkam harimau kumbang ketika berhenti di Bukit Tangga dalam kejadian Khamis lalu menerima lebih 30 jahitan di kepala.

SEREMBAN - Pemandu lori yang diterkam harimau kumbang ketika berhenti di Bukit Tangga di sini dalam kejadian Khamis lalu menerima lebih 30 jahitan di kepala.

A Suresh, 54, yang tinggal di Klang, Selangor bagaimanapun telah dibenarkan keluar dari Hospital Tuanku Jaafar di sini selepas tiga hari menerima rawatan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dia bersyukur kerana hanya mengalami cedera akibat cengkaman kuku haiwan tersebut, namun mengakui masih trauma.

Tangkap layar video Surej menunjukkan kesan jahitan pada kepala nya akibat diterkam harimau kumbang

"Sampai sekarang saya tak dapat tidur nyenyak kerana terbayang-bayang harimau itu menerkam saya.

Iklan

"Saya pun tak tahu dari mana ia datang, tapi memang mengejutkan dan menakutkan," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Menceritakan kejadian lanjut, bapa kepada dua anak itu berkata, ketika itu dia dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menghantar makanan ayam di Jelebu.

Iklan

Jelasnya, dia berhenti di lokasi kerana mahu memeriksa keadaan lorinya dan membuang air kecil.

"Tengah saya nak cuci tangan, harimau itu lompat ke atas saya dan cuba menggigit kepala saya, tapi saya sempat masukkan botol air ke dalam mulutnya.

"Kalau tak, sudah tentu saya dah mati dan luka di kepala saya pun disebabkan cengkaman kukunya saja," katanya.

Tambahnya, dia bernasib baik kerana ada kenderaan lain yang berhenti di hadapan dan membantunya menghubungi ambulans.

Justeru itu, Suresh menasihatkan pemandu lori dan pengguna jalan raya supaya berwaspada ketika melalui jalan tersebut dan berhenti di kawasan yang selamat.

"Sepanjang enam tahun saya berulang alik ke Jelebu, tak pernah pula saya nampak harimau kumbang di situ.

"Pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara(Perhilitan) ada datang melawat saya di hospital dan mereka beirtahu harimau yang menyerang saya dianggarkan seberat 80 ke 90 kilogram," katanya yang sudah 25 tahun bekerja sebagai pemandu lori.

Dia juga tidak menyangka kejadian itu tular di media sosial dan disebabkan itu pelbagai pihak yang datang melawatnya di hospital.

Sebelum ini, media melaporkan kejadian berlaku susulan video dirakam oleh kamera papan pemuka sebuah kenderaan yang tular di media sosial.