Kebakaran Putra Heights: Polis fokus siasat lokasi insiden

Iklan
Hussein semasa mengadakan sidang media insiden kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya pada Ahad.

SUBANG JAYA - [DIKEMAS KINI] Polis Selangor menegaskan tiada keperluan untuk mendedahkan identiti syarikat kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pengorekan tanah berhampiran lokasi kebakaran paip gas bawah tanah di Putra Heights, Selasa lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata siasatan masih dijalankan dan insiden berkenaan belum diklasifikasikan sebagai jenayah.

Iklan
Iklan

"Apa yang menjadi fokus ketika ini adalah tempat kejadian, bukan mendedahkan siapa terlibat sebab ini lebih kepada siasatan.

"Siasatan pun belum klasifikasikan apa-apa jenayah, sebab itu disiasat di bawah Kertas Inkuiri Polis dan polis mempunyai kuasa untuk memanggil individu-individu untuk disiasat bagi mendapatkan keterangan," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Pusat Media Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK), Putra Heights, pada Ahad.

Terdahulu, saluran paip gas milik Petronas terbakar pada jam 8.10 pagi, 1 April lalu, dengan api menjulang lebih 30 meter dan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius.

Iklan

Kebakaran itu mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.