Sempat curi rantai emas ketika datang beraya

Iklan
Suspek berjaya ditahan di rumahnya selepas laporan polis diterima.
TAWAU - Seorang wanita ditahan polis selepas disyaki mencuri rantai emas ketika beraya di sebuah rumah dalam kejadian di Taman Pasadena Batu 2 di sini pada Khamis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintenden Champin Piuh berkata, kejadian berlaku ketika suspek datang bersama rakannya ke rumah sepasang suami isteri kira-kira jam 3.45 petang.

"Mangsa hanya menyedari rantai emas milik isterinya hilang dari tempat penyimpanan selepas suspek dan rakannnya beredar dari rumah mereka selepas selesai menziarah sempena Hari Raya.

"Mangsa kemudian segera membuat laporan polis di balai berhampiran untuk tindakan selanjut," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Rantai emas yang dirampas dipercayai dicuri suspek ketika beraya di rumah mangsa.
Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


Susulan kejadian, Champin berkata, pihaknya berjaya mengesan dan menahan suspek di Kampung Hidayat, Batu 2, kira-kira jam 2 pagi Jumaat.

"Suspek bersama barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) untuk tindakan lanjut.

"Kes akan disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan," katanya.