Van Dijk bidas kritikan Owen
Iklan
Van Dijk. Foto AFP
KAPTEN Liverpool, Virgil van Dijk, tidak berdiam diri selepas bekas penyerang Michael Owen, memberikan pandangan yang agak sinis terhadap prestasi semasa The Reds walaupun menang 1-0 ke atas Everton dalam Derbi Merseyside pada Khamis.
Kemenangan itu menyaksikan skuad bimbingan Arne Slot kembali menjarakkan kelebihan 12 mata di puncak Liga Perdana Inggeris, mengatasi pencabar terdekat, Arsenal.
Iklan
Iklan
Meskipun Liverpool kini berada di landasan terbaik untuk menjulang trofi liga musim ini, impian untuk meraih lebih banyak kejuaraan telah terkubur dalam tempoh dua bulan terakhir.
Ia selepas The Reds disingkirkan oleh Plymouth dari Piala FA, tersingkir di Pusingan 16 Liga Juara-Juara oleh Paris Saint-Germain dan kecundang kepada Newcastle United dalam aksi final Piala Liga di Wembley.
Iklan
Owen, yang mengulas selepas perlawanan melalui Premier League Productions, berkata walaupun menjuarai liga tetap satu pencapaian hebat, ia mungkin tidak dapat menghilangkan 'rasa pahit' kerana harapan besar untuk musim yang luar biasa telah musnah.
"Ia minggu-minggu yang mengecewakan buat Liverpool.
Iklan
"Jika mereka menang liga, ia tetap hebat, tetapi masih ada rasa kecewa kerana musim ini seperti sedang menuju ke sesuatu yang sangat istimewa.
"Kecewa untuk tersingkir dari beberapa kejohanan dalam masa singkat. Sudah tentu semua akan melihat kembali dan menyedari bahawa menjuarai liga tetap musim yang luar biasa," kata Owen.
Namun, ketika diwawancara selepas perlawanan oleh Owen sendiri, Van Dijk tidak bersetuju dengan naratif tersebut dan memberikan respons tegas.
"Jadi, anda maksudkan musim ini dah tak istimewa lagi? soal Van Dijk.
"Saya rasa kita perlu ubah naratif itu. Kami sedang berjuang untuk hadiah paling besar musim ini. Kami bekerja keras untuk ini. 20 pasukan bertarung habis-habisan untuk berada di puncak Liga Perdana. Jadi jangan pandang remeh apa yang kami capai setakat ini," kata Van Dijk
Van Dijk turut menegaskan bahawa apa yang sedang dilalui Liverpool kini masih patut diraikan, dan harapan untuk mengangkat trofi liga kekal hidup sekali gus menjadi penutup sempurna buat musim mereka.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abu Bakar sedia terajui PFA, mahu pulihkan maruah Singa Utara"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menyatakan kesediaannya untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai Presiden dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan Singa Utara yang sekian lama menyepi daripada arena bola sepak tanah air, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764002/berita/sukan/abu-bakar-sedia-terajui-pfa-mahu-pulihkan-maruah-singa-utara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbuBakar #PFA #SingaUtara #BolaSepak #Perlis"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-14T08:45:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zq23u1fPrUoOuUvSX/x120"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xq514"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xq514"></script>