Kebakaran saluran gas: Bantuan persekolahan YIDE disalur Isnin

Iklan
Kerajaan Selangor akan menyalurkan bantuan persekolahan kepada mangsa insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights. Foto fail Bernama

KUALA LUMPUR - Kerajaan Selangor akan menyalurkan bantuan persekolahan kepada mangsa insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya yang akan mula bersekolah pada Isnin ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bantuan itu disumbangkan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), selaras dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Iklan
Iklan

"YIDE akan bantu (memberi sumbangan) kepada anak bersekolah dengan bantuan peralatan dan pakaian sekolah kepada mangsa,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Digital, Gobind Singh Deo dan Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor, Ng Sze Han.

Iklan

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan (KPM) turut mengumumkan sumbangan RM1,000 kepada warganya, termasuk guru dan murid yang terjejas akibat insiden kebakaran berkenaan.

Sementara itu, Amirudin berkata, susulan lawatannya terhadap seorang mangsa yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang, Kuala Lumpur, semalam, kerajaan negeri turut komited untuk membantu meringankan beban keluarga lelaki berkenaan.

Iklan

Beliau berkata, mangsa berkenaan memiliki sejarah penyakit asma dan keadaan kesihatannya diburukkan lagi dengan kesan sampingan akibat insiden terbabit.

"Isteri mangsa masih dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, manakala lapan lagi ahli keluarganya berada dalam keadaan selamat.

"Saya percaya dua mangsa ini kita akan dapat lihat keperluan sokongan akan diberikan kepada mereka,” katanya. - Bernama