Penunggang motosikal maut kemalangan dengan kereta

Iklan
Keadaan kereta Perodua Kenari dan motosikal selepas kemalangan tersebut - Foto BBP Tangkak

MUAR – Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Kesang Laut, Muar, pada Khamis.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak, Penguasa Bomba Kanan I (Khas Untuk Penyandang – KUP), Jahairi Shukor, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.25 petang.

Iklan
Iklan

Sebaik menerima panggilan, satu Pasukan Keluaran Operasi (PKO) yang melibatkan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu unit Emergency Medical Rescue Services (EMRS), serta sembilan anggota digerakkan ke lokasi.

"Sebaik tiba di lokasi, didapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Kenari dipandu seorang wanita berusia 25 tahun dengan sebuah motosikal jenis Demak ditunggang seorang lelaki berusia 59 tahun.

Iklan

"Akibat perlanggaran itu, penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu kereta tersepit di tempat duduk, namun berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan khas,” katanya.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, manakala wanita yang cedera diserahkan kepada pasukan perubatan bagi mendapatkan rawatan.

Iklan

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 7 malam.