Kedai perabot musnah terbakar

Iklan
Sebuah kedai perabot jenis sementara musnah dalam kebakaran. Foto: Bomba

KUALA TERENGGANU - Sebuah kedai perabot jenis sementara musnah dalam kebakaran di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Ibai, di sini pada malam Rabu.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Kasyfi Syahmi Ghazali berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 8.55 malam.

Iklan
Iklan

Menurutnya, seramai 25 anggota bersama lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu serta dibantu BBP Jalan Kota dan BBP Marang dikejarkan ke lokasi.

Seramai 25 anggota bomba bertindak memadamkan api kebakaran. Foto: Bomba

"Kebakaran melibatkan sebuah kedai perabot jenis sementara yang berkeluasan 120 kaki x 120 kaki persegi telah musnah 80 peratus.

Iklan

"Selain itu, sebuah rumah jenis separuh kekal hanya musnah pada garaj hadapan. Dalam kejadian tersebut juga tidak melibatkan kehilangan nyawa dan tiada mangsa terlibat,"katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Khamis.

Mengulas lanjut, Kasyfi Syahmi berkata, kebakaran berjaya dikawal dan operasi memadam berjaya ditamatkan pada jam 12.50 pagi tadi.

Iklan

"Tiada mangsa yang dilapor cedera manakala punca kebakaran masih lagi dalam siasatan," ujarnya.