DBKL sita lapan perniagaan tanpa lesen warga asing

Iklan
Perniagaan yang disita melibatkan penjualan makanan dan minuman yang dijalankan tanpa lesen sah.

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan operasi khas membanteras aktiviti perniagaan tanpa lesen oleh warga asing di beberapa lokasi sekitar ibu kota.

Hasil daripada operasi ini, sebanyak lapan perniagaan disita melibatkan kawasan di Jalan Tun Tan Siew Sin, Jalan Silang, dan Jalan Leboh Pudu.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan DBKL, perniagaan yang disita melibatkan penjualan makanan dan minuman yang dijalankan tanpa lesen sah.

"Semua barangan yang disita telah dipindahkan ke Stor Sitaan DBKL di Jalan Lombong, Taman Miharja, Cheras untuk tujuan dokumentasi dan siasatan lanjut," menurut kenyataan pihak berkuasa tempatan itu di laman Facebooknya malam tadi.

Lapan perniagaan warga asing disita melibatkan kawasan di Jalan Tun Tan Siew Sin, Jalan Silang, dan Jalan Leboh Pudu.

Iklan

Selain penyitaan, DBKL turut menjalankan pemantauan secara statik bagi memastikan tiada lagi aktiviti penjajaan tanpa lesen dilakukan, khususnya oleh bukan warganegara.

DBKL menegaskan bahawa pihaknya akan terus mempergiatkan pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan setiap aktiviti perniagaan di ibu kota mematuhi peraturan yang ditetapkan demi kesejahteraan dan keharmonian penduduk bandar raya ini.

Iklan

Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti penjajaan oleh warga asing tanpa lesen digalakkan untuk menyalurkan aduan melalui pautan rasmi DBKL di https://adukl.dbkl.gov.my.