Gajah naik minyak gara-gara bunyi hon
Iklan
Tangkap layar perkongsian video TikTok milik @lyinaziz menunjukkan keadaan lampu kereta akibat diserang gajah.
GERIK - Sekumpulan wanita berdepan detik cemas apabila kenderaan yang dinaiki mereka diserang seekor gajah ketika melalui jalan di Gerik, Perak.
Menerusi perkongsian video di TikTok milik @lyinaziz atau Lyin Aziz, kejadian tidak diduga itu berlaku apabila sebuah kereta di hadapan mereka didakwa menekan hon, menyebabkan gajah tersebut terkejut dan bertindak agresif.
Iklan
Iklan
"Kereta di hadapan membunyikan hon kepada gajah ini, lalu ia mengamuk. Kami yang berada di belakang turut menjadi sasaran," katanya dalam hantaran video yang dimuat naik pada 14 Februari lalu.
Lyin berkata, pertembungan dengan haiwan liar itu menyebabkan lampu hadapan kenderaan mereka pecah.
Bagaimanapun, dia bersyukur kerana semua rakan dalam kenderaan tersebut selamat dan tidak mengalami kecederaan.
Iklan
Salah seorang penumpang turut sempat membaca doa meskipun dalam keadaan panik.
"Alhamdulillah, dengan doa Nabi Sulaiman, ALLAH melindungi kami. Setakat lampu pecah, itu bukan masalah besar dibandingkan dengan keselamatan diri dan rakan-rakan dalam kereta ini.
Iklan
"Nasib baik saya memutuskan untuk memandu sendiri selepas melalui jalan di Titiwangsa kerana rakan-rakan sudah mula panik dan tidak dapat berbuat apa-apa," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kes buli, dakwaan murid dipukul guru: PPD laksana prosedur ditetapkan"><meta itemprop="description" content="Kes buli, dakwaan murid dipukul guru: PPD laksana prosedur ditetapkan
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah telah melaksanakan prosedur ditetapkan serta mengadakan perbincangan bersama keluarga mangsa berhubung kes buli serta dakwaan murid dipukul guru yang berlaku di Chemor dan Pengkalan Hulu.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, kedua-dua kes berkenaan bagaimanapun diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut susulan laporan yang dibuat pihak terbabit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/799864/edisi/perak/kes-buli-dakwaan-murid-dipukul-guru-ppd-laksana-prosedur-ditetapkan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #dakwaanbuli"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-10T04:37:08.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P97S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbkofdm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbkofdm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbkofdm"></script>