Kebakaran saluran gas: Polis akan semak permit, kenal pasti kontraktor

Iklan
Wan Azlan dalam sidang akhbar di lokasi kejadian kes kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, pada Rabu.

SUBANG JAYA - Polis tidak menolak kemungkinan akan memanggil pihak kontraktor yang tular didakwa menjadi punca insiden kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, di sini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, kes ini masih dalam siasatan.

Iklan
Iklan

"Setakat ini, kontraktor itu belum dipanggil. Kami masih dalam siasatan, terutama untuk mengenal pasti kontraktor terbabit.

"Kami perlu merujuk kepada pihak majlis (Majlis Bandaraya Subang Jaya) dan Petronas untuk memastikan sama ada permit telah dikeluarkan bagi kontraktor itu berada di zon saluran gas berkenaan," katanya dalam sidang akhbar di sini pada Rabu.

Iklan

Tambahnya, setelah kontraktor itu dikenal pasti, polis akan memanggilnya untuk diambil keterangan.

Sejak Selasa, tular beberapa dakwaan di media sosial punca kejadian kebakaran dikaitkan dengan pihak kontraktor yang melakukan kerja pengorekan jalan.

Iklan

Dalam insiden itu, bomba menerima pada jam 8.10 pagi, Selasa.

Kebakaran melibatkan kebocoran saluran paip gas Petronas sepanjang kira-kira 500 meter.