Kebakaran saluran gas Putra Height: Apa yang perlu anda tahu?

Iklan
Kebakaran saluran paip gas di Taman Puchong Perdana, Puchong, Selangor pagi Selasa. Foto Bernama

Berikut info dan fakta menarik yang perlu pembaca tahu:

- Petronas mengesahkan kebakaran berlaku pada jam 8.10 pagi pada 1 April (pagi kedua Aidilfitri) berhampiran Jalan Putra Harmoni 1/3 dan 1/4, di Putra Height, Puchong.

Iklan
Iklan

- Saluran paip yang terjejas telah diasingkan, dan tiga stesen minyak berhampiran ditutup sementara sebagai langkah berjaga-jaga.

- Seramai 325 anggota serta pegawai daripada 11 agensi terbabit dalam operasi pemadaman dan menyelamat yang mengambil masa lebih tujuh jam sebelum api berjaya dikawal pada jam 3.34 petang.

Iklan

- Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan mengesahkan seramai 364 mangsa daripada 74 keluarga terlibat dalam kebakaran itu yang menyaksikan api menjulang setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah celsius.

- 67 penduduk melecur, tiada kematian dilaporkan, dan mangsa yang dimasukkan ke hospital berada dalam keadaan stabil.

Iklan

- 237 rumah dan premis terbakar dan terjejas. 275 kenderaan, 57 motosikal terbakar.

- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika melawat tempat kejadian, mengumumkan bantuan segera sebanyak RM5,000 kepada pemilik rumah yang terjejas sepenuhnya dan bantuan sebanyak RM2,500 kepada lebih 100 pemilik rumah yang sebahagiannya rosak.

- Kerajaan bersama Pertronas dan kerajaan negeri akan mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab memulihkan kawasan perumahan berkenaan.

- Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Kerajaan Selangor dan Kerajaan Persekutuan dengan kerjasama Petronas akan mencari jalan penyelesaian terbaik berhubung isu kediaman jangka masa sederhana kepada penduduk yang terkesan.

- Amirudin juga berkata, laporan awal insiden kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights di sini dijangka siap dalam tempoh 72 jam.

- Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata,mangsa kebakaran paip gas di Putra Heights layak menerima zakat dan menggesa agensi berkaitan menyalurkan bantuan segera.

- Penduduk dakwa ada pihak ceroboh rezab Petronas. Mesej yang menjadi amaran awal sebelum kejadian tersebut berlaku telah tular.

- Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat punca sebenar kejadian kebakaran saluran paip gas sepanjang 500 meter di Putra Heights, termasuk dakwaan berlakunya kerja-kerja pengorekan tanah di kawasan rizab Petronas.

- Bekas Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid dilapor berkata, kebakaran saluran paip gas Petronas dipercayai berpunca daripada fenomena letupan wap cecair mengembang atau Boiling Liquid Expanding Vapor Explosion (BLEVE).

- Mohammad Hamdan juga berkata, insiden itu berlaku apabila gas mudah terbakar bocor, menyebabkan wap gas terapung di udara sebelum berlaku pencucuhan yang mencetuskan letupan besar.

- Pakar dan aktivis keselamatan minyak dan gas, Kapten MS Affendy Abdul Rani dilapor berkata, kebakaran saluran paip berbeza daripada kebakaran biasa kerana melibatkan bahan mudah terbakar yang berada dalam keadaan tekanan tinggi dan boleh terus membakar selagi bekalan gas tidak ditutup.

- Persatuan Haiwan Malaysia menawarkan perkhidmatan penjagaan haiwan peliharaan secara percuma selama tujuh hari sehingga 8 April untuk mangsa. Khidmat tersebut melibatkan haiwan-haiwan kecil seperti kucing, arnab, burung, hamster, landak kecil dan musang peliharaan.

- Bahagian insurans dan takaful Maybank, Etiqa, mengumumkan ia akan melindungi semua kenderaan, kemalangan peribadi, kebakaran runcit, pemilik rumah dan pelanggan yang terjejas dengan mengecualikan keperluan laporan polis untuk memudahkan pemprosesan tuntutan.

- Takaful Malaysia juga sedia membantu pelanggan yang terjejas dan meminta pelanggan yang terjejas supaya menghubungi syarikat berkenaan.

- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang mengkaji mekanisme terbaik untuk membantu mangsa kebakaran saluran paip gas di Putra Heights yang kehilangan tempat tinggal.