Larangan pamer produk rokok secara terbuka bermula hari ini

Iklan
Akta 852 merangkumi sekatan ketat terhadap pembekalan, pengiklanan, paparan dan promosi produk merokok termasuk rokok elektronik atau vape. - Gambar hiasan

SELEPAS tempoh persediaan yang mencukupi diberikan kepada pemilik kedai, peruncit tidak lagi dibenarkan mempamerkan produk rokok secara terbuka mulai hari ini.

Langkah tersebut selaras dengan Akta Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang bertujuan mengawal selia penjualan dan promosi rokok serta vape di Malaysia.

Iklan
Iklan

Akta 852 telah diwartakan pada Oktober lalu namun Kementerian Kesihatan (KKM) memberi tempoh tangguh sehingga 1 April sebelum penguatkuasaan penuh dilaksanakan.

KKM dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan Lebih 51,000 kedai terlibat dalam larangan pamer produk rokok di kaunter jualan.

Iklan

Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Selangor pula dilaporkan bersedia untuk menguatkuasakan larangan itu berkuat kuasa 1 April selepas memaklumkan pemilik kedai mengenai langkah tersebut lebih awal.

Larangan paparan terbuka dilihat sebagai usaha berterusan untuk mengurangkan kadar perokok, terutama dalam kalangan remaja dan golongan muda.

Iklan

Orang ramai wajar memainkan peranan dalam memastikan peruncit mematuhi larangan tersebut agar usaha berterusan mengurangkan perokok dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Dalam masa sama, golongan penjaga dan ahli keluarga terdekat juga perlu lebih cakna dalam usaha mengelakkan orang tersayang daripada terjebak dengan ketagihan produk tembakau yang jelas membahayakan kesihatan.

Bahkan, kesan negatif bukan sahaja menjejaskan kesihatan perokok tetapi juga orang sekeliling.

Pihak berkuasa juga perlu tegas dalam memantau perlaksanaan peraturan baharu ini demi membawa perubahan positif dalam kalangan rakyat Malaysia.