Aidilfitri: 30,000 kenderaan direkod memasuki Johor
Iklan
Dianggarkan antara 20,000 hingga 30,000 kenderaan direkodkan memasuki Johor menjelang Aidilfitri pada Ahad. Foto fail Bernama
JOHOR BAHRU – Dianggarkan antara 20,000 hingga 30,000 kenderaan direkodkan memasuki Johor menjelang Aidilfitri pada Ahad.
Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, keadaan di pintu masuk negeri masih terkawal dengan aliran trafik yang lancar.
Iklan
Iklan
"Seramai 1,998 anggota polis trafik bertugas di lapangan bagi memastikan kelancaran perjalanan, selain 4,000 anggota lain ditugaskan untuk mengawal aspek pencegahan jenayah,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Ketua Polis Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor pada Isnin.
M Kumar (dua kiri) pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Ketua Polis Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, pada Isnin.
Iklan
Dalam perkembangan berkaitan, beliau memaklumkan bahawa sebanyak 239 kes kemalangan dicatatkan di negeri ini pada Ahad, termasuk dua kemalangan maut yang meragut empat nyawa.
"Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya terus mengamalkan pemanduan berhemah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
Iklan
"Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua anggota yang bertugas di lapangan. Mereka adalah wira yang memastikan keselamatan dan kelancaran perjalanan orang ramai,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>