Subsidi RON95: Wajibkan daftar nombor kenderaan selain guna MyKad - Pakar

Iklan
Kerajaan akan mengumumkan mekanisme lengkap bagi melaksanakan penyelarasan subsidi minyak petrol RON95 kepada rakyat selepas separuh pertama tahun ini. Gambar hiasan.

SHAH ALAM - Kerajaan disaran memperkenalkan aplikasi khas bagi pendaftaran nombor kenderaan seiring dengan penggunaan sistem pengenalan diri MyKad dalam perlaksanaan subsidi bersasar minyak petrol RON95 kelak.

Pakar Ekonomi University College i-CATS, Kuching, Profesor Datuk Dr Shazali Abu Mansor berkata, pendaftaran kenderaan pemilik yang layak menikmati subsidi petrol perlu diwajibkan sebagai langkah mengatasi isu ketirisan disebabkan berlaku salah guna MyKad.

Iklan
Iklan

Ini kerana menurutnya, pihak tidak bertanggungjawab akan menggunakan pelbagai cara untuk memanipulasi keadaan demi mendapatkan harga petrol yang lebih rendah.

Laporan Sinar Harian pada Jumaat.

"Walau macam mana pun sistem yg digunakan mesti ada pengguna yang cuba cari jalan nak buat sesuatu yang menyalahi undang-undang atas sebab (kepentingan) masing-masing.

Iklan

"Kalau nak guna MyKad memang itu lebih mudah dan semua rakyat ada MyKad...tapi perlu meletakkan juga syarat untuk daftarkan nombor kereta dalam sistem,” katanya kepada Sinar Ahad.

Pada Khamis, media melaporkan kerajaan akan mengumumkan mekanisme lengkap bagi melaksanakan penyelarasan subsidi minyak petrol RON95 kepada rakyat selepas separuh pertama tahun ini dengan menggunakan sistem pengenalan diri MyKad dan dua kadar harga.

Iklan

Dalam pada itu, Shazali berkata, Indonesia juga memperkenalkan sistem untuk menyalurkan subsidi bahan bakar minyak (BBM) dengan lebih tepat sasaran dan efisien.

"Jadi kita pun kena fikir guna sistem digital seperti yang dibuat Indonesia, bukan hanya guna kad pengenalan semata-mata,” ujarnya.

BBM Indonesia melibatkan beberapa inisiatif utama, antaranya pendaftaran kenderaan menggunakan aplikasi khas dan penggunaan kod QR bagi pembelian petrol bersubsidi.