YANGON - Seramai 1,644 orang terkorban, 3,408 cedera dan 139 lagi masih hilang akibat gempa bumi kuat yang melanda Myanmar, lapor Xinhua memetik Pasukan Penerangan Majlis Pentadbiran Negara pada Sabtu malam.
Gempa bumi dengan magnitud 7.7 itu melanda negara Asia Tenggara itu pada Jumaat, dengan Mandalay, Bago, Magway, timur laut negeri Shan, Sagaing, dan Nay Pyi Taw antara kawasan yang paling teruk terjejas.