Pemilik didenda RM20,000, tidak usaha vesel sendiri

Iklan
Seorang pemilik vesel pukat tunda didenda RM20,000 di Mahkamah Sesyen Kuala Selangor pada Jumaat.

KUALA SELANGOR - Seorang pemilik vesel pukat tunda didenda RM20,000 di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat, atas dua pertuduhan tidak mengusahakan sendiri vesel dan menggunakan kru asing tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan.

Dia dikenakan hukuman terbabit selepas mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Iklan
Iklan

Mahkamah memerintahkan individu itu dipenjara 20 bulan sekiranya gagal membayar denda.

Dia yang melanggar syarat lesen didakwa mengikut di bawah seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985.

Iklan

Lesen vesel penangkapan ikan juga dibatalkan di bawah seksyen 33(1) akta serupa dan wang lelong ikan dilucuthakkan di bawah Seksyen 34 akta sama.

Menerusi kenyataan media, Pengarah Perikanan Selangor mengingatkan semua pemilik lesen vesel penangkapan ikan agar patuh terhadap syarat-syarat lesen dan peruntukan undang-undang sedia ada.

Iklan