Rupiah jatuh teruk

Iklan
Seorang petugas di sebuah pusat pertukaran wang di Jakarta mempamerkan wang kertas rupiah Indonesia. - AFP

JAKARTA - Rupiah Indonesia dibuka lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, dipengaruhi oleh kejatuhan pasaran saham dan ketidaktentuan global.

Mata wang Indonesia, rupiah, merosot ke paras terendah sejak Krisis Kewangan Asia hampir tiga dekad lalu, berikutan kebimbangan terhadap kedudukan fiskal ekonomi terbesar Asia Tenggara itu.

Iklan
Iklan

Rupiah susut sehingga 0.5 peratus kepada 16,640 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), paras paling lemah sejak kejatuhan ketara yang berlaku pada Jun 1998.

Pada pagi Selasa, dolar AS didagangkan sekitar 16,610 rupiah, mencerminkan tekanan berterusan terhadap mata wang tempatan akibat faktor domestik dan antarabangsa.

Iklan

Penganalisis pasaran kewangan Indonesia, Ariston Tjendra, berkata keyakinan pelabur terhadap bursa saham tempatan yang semakin lemah turut memberi tekanan kepada rupiah ketika dagangan dibuka.

"Pesimisme pemain pasaran terhadap pertumbuhan ekonomi domestik jelas dalam pergerakan Indeks Bursa Saham Indonesia (IDX)," katanya seperti dilaporkan agensi berita Antara.

Iklan

Sejak awal tahun, IDX susut 931.21 mata atau 13.13 peratus dari 7,164 pada 2 Januari kepada 6,161.22 pada 24 Mac.

Pada pagi Selasa, Indeks Dolar AS turut meningkat kepada sekitar 104.30, berbanding paras 104.10 pada Isnin.

Tjendra menambah, pasaran masih menjangka kesan negatif daripada kenaikan tarif AS yang dijangka berkuat kuasa pada 2 April, selain konflik baharu di Timur Tengah yang menambah kebimbangan pasaran global.

Mata wang Indonesia, rupiah, merosot ke paras terendah sejak Krisis Kewangan Asia hampir tiga dekad lalu, berikutan kebimbangan terhadap kedudukan fiskal ekonomi terbesar Asia Tenggara itu.