HENDERSON – Seorang lelaki ditahan pihak berkuasa selepas disyaki melakukan perbuatan tidak senonoh dengan seekor rusa yang telah mati di tepi jalan di Muhlenberg County, Kentucky, Amerika Syarikat, pada Isnin.
Suspek yang dikenal pasti sebagai Allen Osborne ditahan selepas seorang pemandu yang melalui kawasan berkenaan ternampak kelakuan mencurigakan di bahu jalan sebelum membuat laporan melalui talian kecemasan 911.
Iklan
Iklan
Menurut Jabatan Polis Central City, anggota penguat kuasa yang tiba di lokasi menemui suspek dalam keadaan diselaputi bulu serta darah rusa terbabit.
Berdasarkan maklumat saksi dan siasatan awal, lelaki itu dipercayai melakukan hubungan seksual dengan bangkai haiwan tersebut.
Suspek kemudiannya dibawa ke lokap untuk siasatan lanjut.
Pihak berkuasa memaklumkan kes itu sedang disiasat dan berkemungkinan melibatkan pertuduhan berkaitan jenayah seksual serta penderaan haiwan mengikut undang-undang negeri Kentucky.
Setakat ini, polis belum mendedahkan motif kejadian dan siasatan masih dijalankan.-Agensi