Penjawat awam Johor terima bantuan khas Aidilfitri RM1,000
Iklan
Onn Hafiz
JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada 20,821 penjawat awam negeri termasuk yang berkhidmat di pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan berkanun negeri.
Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pembayaran bantuan itu akan disalurkan pada minggu pertama Aidilfitri bagi meringankan beban penjawat awam membuat persiapan perayaan.
Iklan
Iklan
"Kerajaan negeri berharap bantuan yang disalurkan ini dapat membantu rakyat, selain menjadi pemangkin kepada penjawat awam untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi demi kemajuan negeri dan kesejahteraan Bangsa Johor," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Dalam pada itu, kerajaan negeri turut mengumumkan Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri berjumlah RM5.49 juta kepada 54,901 anggota barisan hadapan sebagai tanda penghargaan atas jasa dan pengorbanan mereka.
Iklan
"Bantuan itu diberikan kepada 12,982 anggota polis, 8,978 anggota tentera, 1,335 anggota bomba, 1,144 anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
"Seterusnya, 3,529 petugas di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) serta Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB)
Iklan
"Selain itu, seramai 26,933 doktor dan jururawat turut menerima bantuan ini," katanya.
Menurut Onn Hafiz, langkah terbabit mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam menghargai perkhidmatan penjawat awam dan pasukan keselamatan yang berkhidmat untuk rakyat, terutamanya dalam memastikan kelancaran operasi semasa musim perayaan.
Sementara itu, bagi meringankan beban rakyat dalam membuat persiapan Aidilfitri, kerajaan negeri turut memperuntukkan sebanyak RM1.6 juta bagi penganjuran Jualan Kasih Johor, yang berlangsung di 57 lokasi dari 22 hingga 29 Mac.
Katanya, program ini dijangka memberi manfaat kepada 200,000 pengunjung selain menyokong lebih 300 usahawan tempatan.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.