SEREMBAN – Seorang anggota polis wanita direman selama lima hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak RM1,000 sebagai balasan mengurangkan hukuman denda berkaitan kes yang disiasatnya.
Perintah reman terhadap suspek berusia 30-an itu dikeluarkan oleh Majistret Fairuz Syuhada Amran selepas permohonan dibuat oleh SPRM di Mahkamah Majistret Sivil, di sini, pada Rabu.